Sunday, September 27, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Perancangan Aktiviti 2009

Antara aktiviti2 yg dirancang sehingga Disember 2009 :

1. Konvoi amal ke rumah org-org tua di Kedah
2. Konvoi amal ke sekolah agama di Thailand
3. Konvoi amal ke rumah org-org tua di JB

Konvoi Amal 1 Malaysia

Projek Konvoi Amal 1 Malaysia

Tarikh : 24 oktober 2009
Tempat : Dari Shah Alam ke Rumah Anak Yatim Sekendi Sabak Bernam
Peserta : Yang memiliki motorsikal sekurang-kurangnya 250 cc dan ke atas (warga pendidikan negeri Selangor)

SALAM PERKENALAN..!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam perkenalan dari saya Azahar Ariffin di Unit Kajian Kemasyarakatan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor. Laman blog ini baru sahaja saya wujudkan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara bikers2 di bawah pentadbiran JPS selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai alam permotoran.

Dengan adanya laman blog ini bolehlah sama-sama kita berkongsi idea dan memberi khabar dan berita tentang aktiviti-aktiviti yang dirancang khas untuk warga pendidikan di Selangor. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai guru-guru dan kakitangan pendidikan Selangor yang memiliki motorsikal berkuasa tinggi. Ada yang telah menyertai kelab dan ada yang ride sorang-sorang. So...saya nak ambil kesempatan ini untuk menjemput warga pendidikan untuk menyertai kelab Selangor Education Bikers yang baru nak ditubuhkan. Ahli-ahlinya nanti akan terdiri dari kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah, PPD dan JPS. Wow!! ini satu kelab yang lain dari yang lain.

Banyak perancangan yang nak diatur seperti konvoi amal ke rumah anak yatim, rumah org2 tua, org2 cacat, keluarga miskin dan rumah kebajikan yang lain. Dengan kepakaran tertentu dari kalangan guru guru yang ada, kita boleh buat aktiviti amal mengumpul derma sambil memberi kelas tuisyen kepada anak-anak yatim semasa lawatan kita. X perlu lama...sejam pun dah cukup... Yang ada kemahiran matematik bolehlah mengajar matematik,,, yg terror bahasa bolehlah ,mengajar bahasa,, mcm tu lah contohnya. Ada kelainan kan...At least konvoi kita ada objektif dan pengisian yang bermakna...bukan semata mata konvoi ke tempat yg dituju dan menghulurkan derma.

Tapi kalau ke rumah org org tua lak camna?? Hehehehe ...x payahlah bagi kelas tuisyen....kita hiburkan lah hati mereka dengan nyanyian ke...bermuzik ke,,,,tentu ada guru muzik di kalangan kita nanti.. Kalau susah-susah..saya sendiri leh menyanyi dan main muzik. heheehehe...Kalau guru PJPK...kita boleh buat game ke..mcm tu lah contohnya...

So ...sokongan dan penyertaan tuan dalam kelab ini sangat dialu alukan. Selain itu...malam-malam minggu kita leh kena teh tarik ka sambil sembang pasal kerjaya kita.. Saya nak rapatkan hubungan di antara guru dengan pegawai dari PPD dan JPS. Mungkin tuan tuan nak tanya pasal P&P ke... pasal nak tukar sekolah ke...pasal nak jadi guru cemerlang ke....inilah platformnya. Sebab ramai juga pegawai di PPD dan JPS yg menjadi ahli kelab ini nanti.

Jadi...cikgu cikgu yg berminat....join ya. boleh emailkan kepada saya di alamat ini : - anffaizat@gmail.com.

Untuk permulaan ..saya rasa cukup setakat ini...semoga usaha murni ini mendapat sambutan hangat dari tuan-tuan. TQ....