Tuesday, October 26, 2010

Konvoi Amal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar ahli ahli KMG semua. Semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik. Lama kita tak berjumpa ya. Saya bercadang untuk buat konvoi amal ke Perlis untuk memberi bantuan kepada seorang kanak-kanak 2 tahun yg kekejangan otot setelah dipatuk ular. Beritanya telah banyak kali keluar di surat khabar. Kesian lah pula apabila mengenangkan saya juga mempunyai anak yg seusia itu.Dimana pada usia begini kanak-kanak ini berada dalam keriangan bermain dan petah bercakap. Tapi saya tidak mempunyai daya untuk mengumpul duit seperti yang kita pernah kumpul dulu. Jadi jika tuan-tuan ada idea berilah pendapat kepada saya. Jika ada yg bersetuju untuk konvoi ini, pun berilah sokongan dgn call saya ke atau balas dalam komen.

Tq.
art
Bersama ini disertakan laporan surat khabar Utusan 27/10.

PADANG BESAR 26 Okt. - Kanak-kanak yang mengalami masalah kekejangan otot sejak Mei lalu akibat patukan ular, Ahmad Asri Mohd. Indra Suwardy, 2, menjadi individu pertama menerima sumbangan dari Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas (TBSBB) Negeri Perlis dengan jumlah maksimum RM20,000, semalam.

Bantuan dalam bentuk cek itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu kepada ibu kanak-kanak terlibat, Nor Amali Ahmad, 27, di rumah keluarga berkenaan di Kampung Bukit Merah di sini.

Ibu kanak-kanak terlibat ternyata bersyukur dengan bantuan berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk membantu Ahmad Asri.

Nor Amali memberitahu, setakat ini anaknya itu hanya mampu menggerakkan mata dan juga kurang menangis sejak menerima rawatan, termasuk daripada daripada seorang bomoh ular dari Sungai Petani, Kedah sejak beberapa bulan lepas.

"Keadaan luka di kepala akibat patukan ular semakin beransur pulih. Ahmad Asri juga kini sudah mampu untuk minum susu tanpa bantuan tiub nesogastrik.

"Sejak berita mengenai Ahmad Asri disiarkan, ramai orang yang tampil untuk membantu. Pada masa yang sama, pegawai JKM juga sering turun padang melihat perkembangan anak saya itu dan mereka membantu mempercepatkan bantuan TBSBB ini," katanya ketika ditemui semalam.

Hadir sama pada majlis penyampaian cek berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beseri, Datuk Mat Rawi Kassim dan Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali serta Timbalan Pengarah JKM Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa. Ahmad Asri sebelum ini koma selama hampir dua bulan dan doktor mengesahkan bahawa dia mengalami kekejangan otot kekal.

Monday, October 4, 2010

SALAM KMG MEMBERS

Assalamulaikum....

Untuk pengetahuan member semua..En Mokhata Ahmad member kita yg jadi lead masa konvoi dulu mendapat sakit cancer hidung. Beliau kini menjalani rawatan setiap hari di hospital walaupun dibenarkan tinggal di rumah. Sebagai salah seorang yg bertanggungjawab dalam menubuhkan KMG eloklah kita pergi melawat beliau. Kata org rumahnya, elok melawat selepas pukul 5 ptg atau waktu malam. Jadi member member dari Kuala Selangor., Kuala Langat, Hulu Selangor kalau nak melawat beliau bolehlah berbuat demikian. Alamatnya ialah : 18, Jalan Perdana 4/7, Taman Puchong Perdana. Dekat dgn SK Puchong Perdana. Kalau nak turun ke S.alam calling calling lah saya.
Ok..jumpa lagi

Salam
Art