Wednesday, June 8, 2011

PENUTUPAN BLOG KMG

Salam sejahtera.
Kepada sesiapa jua yg melayari laman blog ini atau termasuk ke laman blog ini. ingin saya maklumkan mulai tarikh dan masa ini..laman blog ini tidak akan aktif lagi, walaubagai mana pun laman blog ini akan wujud sentiasa tetapi tidak akan ada info atau berita akan dimuat naik lagi.
Semuanya akan tinggal kenangan .. Semoga kita berjumpa lagi. Selamat riding ...

Wednesday, April 20, 2011

TATU PDRM

Assalamualaikum & Salam sejahtera member KMG.

Saya menerima panggilan telefon dari Sjn Bob dari Maktab Teknik PDRM Bakri Muar menjemput member KMG untuk hadir menonton Tatu PDRM yg akan diadakan pada 29hb dan 30hb April nanti bertempat di Stadium Merdeka. Masuk adalah percuma. Menurut Sjn Bob, beliau telah hubungi kelab2 motor yg lain untuk meramaikan acara malam itu. Jadi kpd ahli KMG bagaimana? Sila respon. Saya cadang nak pergi tgk pada hari Jumaat kerana hari Sabtu saya ke outstation. sila jawab dalam ruangan chat ya. atau email saya

tq
art

Sunday, February 27, 2011

ARWAH RAJA AZMAN DALAM KENANGAN..





AL-FATIHAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Berita yg sungguh menyayat hati..hari ini..rakan kita saudara Raja Azman dari PPD Hulu Langat...telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan di Bentong. Kita telah kehilangan seorang anggota dan AJK KMG. Beliau dikatakan telah bertembung dgn sebuah lori kontena semasa riding dan keadaannya amat menyayat hati..tak perlulah saya gambarkan.. Di saat ini baru saya terasa kehilangannya kerana arwah agak rapat dgn saya bila saya mula mula belajar riding. Arwah akan menunggu saya atau ride dalam kelajuan yg sama. Tapi kali ini arwah pergi dan tidak menunggu saya lagi...Al Fatihah ku sedekahkan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T

Tuesday, October 26, 2010

Konvoi Amal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar ahli ahli KMG semua. Semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik. Lama kita tak berjumpa ya. Saya bercadang untuk buat konvoi amal ke Perlis untuk memberi bantuan kepada seorang kanak-kanak 2 tahun yg kekejangan otot setelah dipatuk ular. Beritanya telah banyak kali keluar di surat khabar. Kesian lah pula apabila mengenangkan saya juga mempunyai anak yg seusia itu.Dimana pada usia begini kanak-kanak ini berada dalam keriangan bermain dan petah bercakap. Tapi saya tidak mempunyai daya untuk mengumpul duit seperti yang kita pernah kumpul dulu. Jadi jika tuan-tuan ada idea berilah pendapat kepada saya. Jika ada yg bersetuju untuk konvoi ini, pun berilah sokongan dgn call saya ke atau balas dalam komen.

Tq.
art
Bersama ini disertakan laporan surat khabar Utusan 27/10.

PADANG BESAR 26 Okt. - Kanak-kanak yang mengalami masalah kekejangan otot sejak Mei lalu akibat patukan ular, Ahmad Asri Mohd. Indra Suwardy, 2, menjadi individu pertama menerima sumbangan dari Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas (TBSBB) Negeri Perlis dengan jumlah maksimum RM20,000, semalam.

Bantuan dalam bentuk cek itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu kepada ibu kanak-kanak terlibat, Nor Amali Ahmad, 27, di rumah keluarga berkenaan di Kampung Bukit Merah di sini.

Ibu kanak-kanak terlibat ternyata bersyukur dengan bantuan berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk membantu Ahmad Asri.

Nor Amali memberitahu, setakat ini anaknya itu hanya mampu menggerakkan mata dan juga kurang menangis sejak menerima rawatan, termasuk daripada daripada seorang bomoh ular dari Sungai Petani, Kedah sejak beberapa bulan lepas.

"Keadaan luka di kepala akibat patukan ular semakin beransur pulih. Ahmad Asri juga kini sudah mampu untuk minum susu tanpa bantuan tiub nesogastrik.

"Sejak berita mengenai Ahmad Asri disiarkan, ramai orang yang tampil untuk membantu. Pada masa yang sama, pegawai JKM juga sering turun padang melihat perkembangan anak saya itu dan mereka membantu mempercepatkan bantuan TBSBB ini," katanya ketika ditemui semalam.

Hadir sama pada majlis penyampaian cek berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beseri, Datuk Mat Rawi Kassim dan Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali serta Timbalan Pengarah JKM Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa. Ahmad Asri sebelum ini koma selama hampir dua bulan dan doktor mengesahkan bahawa dia mengalami kekejangan otot kekal.

Monday, October 4, 2010

SALAM KMG MEMBERS

Assalamulaikum....

Untuk pengetahuan member semua..En Mokhata Ahmad member kita yg jadi lead masa konvoi dulu mendapat sakit cancer hidung. Beliau kini menjalani rawatan setiap hari di hospital walaupun dibenarkan tinggal di rumah. Sebagai salah seorang yg bertanggungjawab dalam menubuhkan KMG eloklah kita pergi melawat beliau. Kata org rumahnya, elok melawat selepas pukul 5 ptg atau waktu malam. Jadi member member dari Kuala Selangor., Kuala Langat, Hulu Selangor kalau nak melawat beliau bolehlah berbuat demikian. Alamatnya ialah : 18, Jalan Perdana 4/7, Taman Puchong Perdana. Dekat dgn SK Puchong Perdana. Kalau nak turun ke S.alam calling calling lah saya.
Ok..jumpa lagi

Salam
Art

Sunday, August 15, 2010

KEMPEN JOM MASUK RELA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...kepada member KMG semua...
Salam Ramadhan diucapkan semoga beroleh pahala dan barakah yang berlipat ganda d bulan yang mulia ini. Kempen Jom Masuk Rela...di war warkan kepada semua bikers KMG yang berminat. Tiada bayaran dikenakan. Cuma isi borang dan sertakan dua keping gambar berukuran pasport. Banyak kelebihan yang kita perolehi dgn menjadi anggota Rela ini. Untuk makluman..Rela kini mempunyai Kelab Motorsikal Besar (RBC) atau Rela Bikers Club. Jika berminat sila hubungi saya untuk ambil borang. Rela kini ingin merekrut anggota yang terdiri dari golongan profesional seperti kita guru guru dan anggota profesional yang lain. Tuan-tuan yang terbaca info ini..silalah war warkan pula kpd rakan bikers yang lain k. Kerjasama tuan tuan sangat dihargai. Terima kasih.

salam
art