Wednesday, April 21, 2010

Konvoi Ke Mersing

Salam sejahtera...
Konvoi ke Mersing, Johor akan diadakan pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010. Ermmmm ...minyak, makan/minum dan penginapan disediakan oleh pihak penganjur termasuk dapat tshirt lagi...Tapi peserta kena bayar wang pendaftaran sebanyak
RM20.00 ja. Oklah mana nak dpat peluang ni kan!! Hehehehe tapi sayang seribu kali sayang..konvoi ini hanya untuk motorsikal di bawah 150cc shj. Ahak!!!! jadi kepada member KMG yg ada kawan menunggang motor bawah 150 cc..hebahkanlah berita ini kpd mereka. Kalau member KMG nak join pun boleh..tapi kena tunggang motor kapcai lah.
Peserta terhad untuk 150 orang sahaja. Berita lengkap mengenainya akan saya beritahu dari masa ke semasa.
TQ
Art

Saturday, April 3, 2010

HARI USAHAWAN SMK PUNCAK ALAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..!!

Apa khabar member2 semua...semoga sihat sejahtera hendaknya...Disini saya utarakan satu permintaan dari AJK Kuala Selangor ..Dr Murad yang ingin memeriahkan Hari Usahawan SMK Puncak Alam dengan melibatkan KMG bikers. Pada hari tersebut katanya..akan diadakan kempen menderma darah selain dari aktiviti jualan dan lain2 lagi. So..apa kata kita sahut jemputan ini dengan member KMG turun hari tu untuk menderma darah. Tarikhnya adalah seperti berikut :
25 April 2010. (Ahad)
SMK Puncak Alam
Saya selaku presiden KMG akan memberi sokongan untuk hadir (InsyaAllah..setakat ini tidak ada komitmen lain) dan juga berharap kepada semua member KMG untuk sama-sama memberi sokongan kepada program ini. Selain itu dapat kita berkumpul dan bertanya khabar dan minum-minum teh ke..!! Kepada member yg tak tahu nak ke sana, kita berkumpul di JPS pada jam 8.30 pagi k.
Tlg hebahkan perkara ini kepada semua member jika berjumpa. TQ

Art