Sunday, August 15, 2010

KEMPEN JOM MASUK RELA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...kepada member KMG semua...
Salam Ramadhan diucapkan semoga beroleh pahala dan barakah yang berlipat ganda d bulan yang mulia ini. Kempen Jom Masuk Rela...di war warkan kepada semua bikers KMG yang berminat. Tiada bayaran dikenakan. Cuma isi borang dan sertakan dua keping gambar berukuran pasport. Banyak kelebihan yang kita perolehi dgn menjadi anggota Rela ini. Untuk makluman..Rela kini mempunyai Kelab Motorsikal Besar (RBC) atau Rela Bikers Club. Jika berminat sila hubungi saya untuk ambil borang. Rela kini ingin merekrut anggota yang terdiri dari golongan profesional seperti kita guru guru dan anggota profesional yang lain. Tuan-tuan yang terbaca info ini..silalah war warkan pula kpd rakan bikers yang lain k. Kerjasama tuan tuan sangat dihargai. Terima kasih.

salam
art

Wednesday, July 21, 2010

JEMPUTAN MAJLIS KENDURI

Assalamulaikum...dan salam sejahtera...
Kepada semua ahli KMG yg berkesempatan, dijemput ke rumah En Rosli Kabil (setiausaha KMG) untuk majlis kesyukuran dan doa selamat rumah baru beliau. So. dia wakilkan saya untuk menjemput semua member pada 24.7.2010 (Sabtu) dari pukul 4 ptg hingga 10 malam. Alamat rumah beliau ialah : no 8 Jalan Dividen Tiga, 23/6C Seksyen 23 Shah Alam. Rumah nya nak menuju ke Uptown Shah Alam.
Ok Jumpa di sana

Wednesday, May 26, 2010

Saturday, May 22, 2010

KAD MARSYALL !!!!

salam sejahtera......
Kepada rakan-rakan yang mengikuti kursus Marsyall di PDRM Bakri Muar...kad marsyall anda telah siap. Kad itu sekarang berada di tgn setiausaha kita en rosli. Nanti beliau akan serahkan kepada wakil daerah dan tuan2 boleh lah ambil dari wakil masing-masing k.

Tahniah!!! hehhheee

Kempen Derma Darah BATAL!!

Salam sejahtera semua member...
Kempen derma darah yg dirancang pada 25 mEI ni dibatalkan atas sebab pihak hospital kesuntukan masa.
Saya Mohon maaf byk2 ya.

Salam

art

Wednesday, May 19, 2010

"SELAMAT HARI GURU"

Salam Sejahtera....
"SELAMAT HARI GURU" diucapkan kepada rakan-rakan semua serta seluruh warga pendidik di Selangor. Maaf terlambat sikit... hehehe sibuk...Jika ada sesiapa yang nak lagu Hari Guru dan lagu Tema Hari Guru 2010..silalah beritahu saya k. Atau boleh terus layar DI INTERNET.

OK

Tuesday, May 18, 2010

AL FATIHAH !

Al Fatihah kepada arwah yang juga Presiden Meru Bikers yang meninggal dunia semalam semasa konvoi bersama grupnya ke Cameron Highland. Arwah dikatakan terbabas ke dalam longkang. Berita dalam surat khabar termasuk Kosmo. Walaupun saya x kenal beliau tetapi sbg bikers saya hadiahkan beliau Al Fatihah.
Kepada rakan2 semua...berhati-hati dan beringat-ingat apabila menunggang motor.
Semoga dipelihara Allah sepanjang perjalanan. Amin.

art