Sunday, January 3, 2010

PROJEK DERMA DARAH

Salam member SERC/KMG.
Saya bercadang untuk buat projek derma darah dari kalangan member KMG semua dan kakitangan JPN Selangor. Kita ahli KMG yg akan jadi penggeraknya. Bagaimana? Setuju? Ada berani nak derma darah? hehehehe. Kita panggil pihak Kementerian Kesihatan untuk set up tempat derma darah di JPS dan kita ramai-ramai dtg derma darah kat sana. Bukan apa... kita nak tunjukkan komitmen kelab kita ke arah projek2 amal demi kebaikan JPS juga.
Lagi pun baru2 baru ni Kementerian Kesihatan merayu penderma darah untuk menderma kerana tabung darah dah kekurangan. Tuan-tuan yg saya hormati...berilah sokongan kepada cadangan ini dgn memberi respon k. tq

Salam
art

Friday, December 25, 2009

PROJEK AMAL KE 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1Malaysia semua member yang dihormati.
Cuti sekolah dah tamat. hehehe... Saya berharap member semua dalam keadaan sihat sejahtera dan telah siap siaga untuk memulakan P&P dgn berkesan kepada anak didik kita.
OK...saya ada satu tempat rumah anak2 yatim dan miskin yg boleh dijadikan projek amal kita kali yang kedua. Tempatnya boleh tahan jauhnya...iaitu di Pengkalan Hulu, Perak. Barulah puas sikit berkonvoi.. Rumah anak yatim ni adalah dibawah kelolaan org persendirian...bukannya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,,so...mereka memang mengharapkan bantuan2 dari luar. Jika member2 semua bersetuju..bolehlah kita bersiap sedia dari skrg dan kita target cuti sekolah bulan Mac kita konvoi ke sana.Berita terkini akan saya beritahu dari masa ke semasa. So..pandangan member2 semua sgt diharapkan. TQ

Salam
art

JAWATANKUASA KMG/SERC

JAWATANKUASA KMG/SERC

PENASIHAT : PENGARAH PELAJARAN SELANGOR
PENGERUSI : EN AZAHAR B ARIFFIN (JPN SEL) - 0133635007
SETIAUSAHA : EN ROSLI B KABIL (JPN SEL) - 0192672051
PEN. SETIAUSAHA : EN AZMI BIN MISRON (JPN SEL)- 0133690330
BENDAHARI : EN ISMAIL B ABDULLAH (JPN SEL) - 0122827092
AJK : UZTAZ ZAMRI (SABAK BERNAM)
DR ABD MURAD B SALLEH ( K.SELANGOR) - 0193458385
EN KHAIRUL AMIR (HULU SELANGOR) - 01235646118
EN NORHISHAM B MOHD KHALIF(KUALA LANGAT)0133848803
EN AMIR (GOMBAK) 0166223061
RAJA AZMAN B RAJA MUSHAHAR (HULU LANGAT) - 0123317527
EN ANUAR BIN ARIFFIN (KLANG) - 0122171708
EN OSMAN BIN ABU BAKAR (PETALING PERDANA) - 0122538450

Wednesday, November 11, 2009

LAGI LOGO TERBARU DARI MEMBER KITA CEPOI69

APA LAGI MEMBER SEMUA...BERI CADANGAN. TERIMA KASIH KEPADA MEMBER KITA CEPOI69 YG TAK JEMU2 BERI PENDAPAT DAN UBAHSUAI LOGO.


Saturday, November 7, 2009

ORDER CD GAMBAR DAN VIDEO !!!

Salam sejahtera member KMG !!!
Sesiapa yg berminat untuk order gambar dan video cd konvoi amal 1 Malaysia yg lepas..
boleh booking nama dulu melalui email saya anffaizat@gmail.com.
Tulis nama penuh dan alamat sekolah k.
Jgn x order rugi... memang puas hati tgk gambar dan video kita sedang riding. Tunjuk kat anak cucu nanti. hahahaahha

salam
art

GAMBAR KENANGAN KONVOI AMAL 1 MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA MEMBERS KMG !!!
Disertakan sebahagian gambar2 semasa konvoi amal 1 Malaysia. Memang mengancam!!! hehehe.. Sesiapa yg gambarnya x ada dlm blog ni..jgn kecil hati. Sebenarnya ada beratus gambar tapi x dptlah nak saya uploadkan di sini. 2 cd...Video pun ada. Jadi kepada member2 yg nak cd gambar dan video saya nak charge RM10.00 je. Memang berbaloi kerana videonya panjang hampir satu jam. Bila lagi...simpan untuk kenangan. Bukan senang nak dpt gambar dan video kita sedang riding kan!! Jadi kepada member2 yg baca blog ni..hebahkanlah kpd member yg lain k. Jgnlah beli satu lepas tu burn kat kwn lak...kesianlah kat presiden ni...hahahahaha. Duit ni nanti saya nak upah buat sticker dan logo. Logo yg dipilih oleh ajk nanti akan dpt RM 100.00 Amacam? leh tak.Kita adakan pertandingan cipta logo. Logo yg dibuat oleh cepoi69 antara yg telah ada. Yg lebih nanti..kumpul buat t shirt dan kita jual kat member dan org luar. Tentu tabung bertambah. Tabung bertambah kita simpan untuk byr duit minyak kalau ada konvoi lagi. So ..selamat menonton gambar dgn senyuman...hehehe

Wassalam
art